Sulit
4 tahun
Dada terasa sempit ,nafas pendek
Sya wanita berusia 34 tahun penghidap darah tggi sejak 10thun lpas tapi tidak pernah mngambil sebarang ubat-ubatan.kebiasaan apabila sya berada tidak sihat saya jarang mendapatkn rawatan doktor kecuali sya merasakn terlalu sakit…ubat-ubatan yg dibekalkn juga sya tidak pernah makan Dan sya mmg tidak pernah follow up semula dgn doktor…Sejak 2bln kblkhgan ini sya tiba-tiba diserang penyakit semput (sya cepat merasakn mengah bila berjalan/Naik tangga,tercungap-cungap apbila air kena kepala ) ,baring dalam keadaan rata malah seminggu INI saya merasakn kondisi sya semakin teruk kerana dada sya terasa sempit & perut mengeras…apakah ini gejala semput @ sebaliknya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kegagalan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Paru-paru berair
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































