
Sulit
5 tahun
Daging tumbuh tepi faraj
Saya wanita berumur 48 tahun ada seperti daging tumbuh dekat dengan faraj sudah 3 tahun sehingga sekarang mula2 kecil tp daging tu makin membesar tp tiada rasa sakit pun warnanya sama dgn warna kulit adakah bahaya, apa yg perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, saya kurang jelas dengan gejala yang anda hadapi. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, faraj adalah organ yang menghubungkan vagina dan rahim serta organ ini terletak di bahagian dalam.
Namun begitu, saya amat meyarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini kerna, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.