
qamal
5 tahun
Dapat tahu tekanan darah saya tinggi
Hai doktor, salam sejahtera. Saya lelaki baru umur 30 tahun, baru-baru ni saya pergi check up dan dapat tahu tekanan darah saya tinggi. So konklusinya saya ni sakit ke doktor? Perlu ke saya pergi cek lagi? Ke kena terus makan ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Tekanan darah perlu diukur secara berkala untuk menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau tidak. Kadar tekanan darah sering berubah-ubah berdasarkan keperluan badan anda. Ia boleh berubah jika anda melakukan aktiviti fizikal, sakit atau minum minuman kafein. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah anda beberapa kali untuk memastikan sama anda mengalami masalah darah tinggi.
Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 kadar tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat untuk mengesahkan bahawa anda ada masalah darah tinggi.
Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat, anda perlu mengelakkan minuman kafein, minuman beralkohol dan rokok sebelum tekanan darah diperiksa.
Anda juga perlu rehat sebelum tekanan darah diperiksa dan pastikan bahawa tangan anda diletak sama paras dengan jantung. Selain itu, anda perlu memeriksa semula tekanan darah beberapa kali untuk mendapatkan bacaan yang sebenar.
Rawatan darah tinggi bergantung pada tahap darah tinggi anda. Sekiranya tahap darah tinggi adalah antara 120-159/80-99 mmHg dan anda mempunyai risiko rendah untuk penyakit jantung, darah tinggi boleh cuba dikawali tanpa ubat melalui beberapa cara. Ini termasuklah pemakanan yang sihat (kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans dan garam, serta tingkatkan pengambilan serat), aktiviti fizikal secara berkala, pengekalan berat badan yang ideal, tidak merokok, kurangkan minuman yang beralkohol, tangani stres dengan efektif dan dapatkan tidur yang cukup.
Jika tahap darah tinggi anda tidak dapat dikawali dengan cara-cara ini, anda perlu mengambil ubat darah tinggi. Sekiranya kadar tekanan darah anda melebihi 160/100 mmHg ataupun anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, anda perlu terus makan ubat darah tinggi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.