
Sulit
4 tahun
Darah berhenti slps mkn ubat diberi doc
sy mengalami istihadah krn slps sy bersama…pd keesokan hrnya keluar sedikit drh.esoknya sy terus ke klinik dan doc berikan 2 jenis ubat utk hentikan darah.hr ni adalah hr kedua sy mkn ubat tu dan darah sudah tiada.pertanyaan sy…adakah selamat jika sy bersama buat ms ini?@perlu jarakkan masa?sy jg akan mbuat ujian pap smear dlm ms terdekat.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Tergantung kepada diagnosis sebenar penyebab pendarahan setelah seks, sekiranya penyebab adalah jangkitan, maka anda adalah digalakkan untuk tidak berhubungan selama kurang lebih 2 minggu dan memastikan pasangan anda juga melakukan pemeriksaan darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.