Sulit
2 tahun
Darah berketul warna merah terang selepas itu sakit seperti segugut di bahagian vagina
Check pregnancy test negative.selepas bulan lepas berhubungan intim . Selepas itu keluar dara berketul warna merah terang kuantiti sedikit dan rasa seperti sakit segugut di bahagian vagina adalah itu darah haid yang lambat keluar kerana minum coffe terlalu banyak atau keseimbangan hormon dalam badan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Endometriosis
- Keguguran
- Fibroid dalam rahim
- Polyp di cervix
- Placenta previa
- Solusio placenta
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa sebab yang boleh mengakibatkan ujian pregnancy test yang anda telah lakukan boleh menunjukkan hasil yang tidak tepat. Antaranya adalah:
- Alat yang digunakan telah rosak
- Cara yang anda lakukan adlah salah
- Cecair sampel yang digunakan telah bercampur dengan cairan yang lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.