
Sulit
3 tahun
Darah coklat kehitaman keluar 5 hari berturut-turut, seminggu selepas period habis
Saya berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Saya seorang yg mempunyai masalah period pain serta keputihan berbau. Bulan ni, seminggu selepas period saya habis, darah berwarna coklat kehitaman tiba tiba keluar. Bagi saya mulanya normal sbb sebelum ni pernah kena juga macm ni. Tp kalini darah coklat kehitaman tersebut keluar untuk 5 hari berturut-turut sehingga ke hari ini. Period saya sudah mula teratur sejak tahun lepas jadi saya agak pelik bila perkara ini trjadi semula. Sebelum ini prnh kena mcmni semasa di sekolh Menengah. Adakah ini bermaksud hormon saya masih belum stabil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan