
Sulit
4 tahun
Darah dalam air mani
Saya lelaki berusia 41 tahun. Telah berkahwin dan mmpunyai anak. Namun keinginan seks saya masih kuat. Malah saya masih beronani. Masalah saya, terdapat darah pada setiap pancutan air mani saya. Pada awalnya agak pekat kemerahan.sekarang sudah berkurangan kadar darah.tapi masih ada. Saya tidak ada masalah sakit ketika ingin kencing. Cuma saya pernah makan ubat kuat untuk tahan lama ketika seks. Pada pndpt doktor, adakah ubt itu yg mndtgkan masalah? Atau ada penyebab lain?
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, darah dalam air mani boleh datang dari beberapa sumber yang berlainan:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah