
nurazimah03
5 tahun
Darah dalam lendir lebih 15hari
Saya wanita. Berkahwin . 2 anak. Lately bila waktu haid hanya darah dalam lendir. Tiada darah menitis pada pad.lebih 15hari…bingung mahu solat atau tidak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah lendir bercampur darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan pada rahim
- jangkitan kelamin (chlamydia, gonorrhea, herpes)
- polip pada rahim
- ketumbuhan seperti fibroid
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.