
Sulit
4 tahun
Darah di faraj semasa suami melancap mengunakan jari
saya ingin bertanya suami sy telah melancap sy mengunakan jadinya. dalam hal tersebut suami saya telah memberi tahu bahawa ada darah keluar. sy bertanya pada beliau mengenai hal itu dan suami saya berkata jarinya terkena satu ketulan bulat di dalam faraj. saya berasa musykil san terkejut . kerana pada kali pertama kami melakukan perkara itu . saya tidak mengalami pendarahan iaitu pecah dara dan si suami berangapan sy tiada dara tetapi dia org pertama yang menyentuh saya. boleh doktor terangkan kenapa kali ini berlaku pendarahan dan kenapa semasa kami melakukan hubungan intim kali pertama saya tidak berlaku pecah dara.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Umumnya perdarahan pada malam pertama lebih sinonim dengan istilah koyakan atau trauma hymen, iaitu struktur pada pintu vagina seseorang wanita. Walaupun koyak hymen ini adalah sesuatu yang normal, ia juga boleh berlaku lebih awal misalnya dari bersukan, aktiviti yang berat, kelainan struktur kelamin atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan doktor.
Disamping itu, pendarahan faraj atau spotting selepas hubungan seksual pula boleh disebabkan oleh:
- Aktiviti hubungan intim yang terlalu agresif
- Cairan atau pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur kelamin
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada kelamin
- Masalah struktur kelamin
Yang jelas, spotting selepas hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal dan membimbangkan. Tambahan lagi, benjolan pada alat sulit lazimnya boleh berpunca dari:
- gangguan pada kelenjar bartholini
- fibroma / lipoma / leiomyoma
- polip atau tumor kelamin
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya di dapati perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.