Sulit
4 tahun
Darah dibahagian zakar
saya lelaki dan berumur 27 tahun…saya ada masalah urinary infection dan mengambil antibiotik dan juga ada kesakitan di bahagian pelvis muscle floor.dan hari ini ketika buang air besar saya terpaksa meneran lebih kuat dan selepas buang air besar saya perasan ada darah keluar dekat bahagian zakar…adakah disebabkan ada luka dekat bahagian zakar atau lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah zakar berdarah, seperti:
- Kecederaan pada struktur anatomi saluran kencing
- Karang pada salur kencing
- Jangkitan salur kencing
- Jangkitan prostat (prostatitis)
- Jangkitan kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Ingin kami tekankan bahawa masalah yang anda alami ini memerlukan perhatian doktor segera kerana kami bimbang keadaan anda menjadi semakin teruk atau terdapat jangkitan lain yang sedang berlaku. Pemeriksaan lanjut oleh doktor perlulah dibuat supaya puncanya dapat dicari dan seterusnya rawatan dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah anda oleh doktor kami. Terima kasih.

































