
Sulit
4 tahun
Darah haid banyak dan beketul
Hi doktor.Saya berumur 23 tahun.Haid saya 6/4/2021 sampai sekarang masih berlanjutan.Hari ni sudah 20hari dan darah haid saya banyak saya perlu tukar pad setiap 2-3 jam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda mengalami masalah haid ini buat masa yang panjang dan puncanya perlu diketahui.
Sila berjumpa dengan doktor dengan segera juga sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Dada atau jantung berdebar
- Lemah badan atau lesu
- Pitam atau hampir pitam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.