nuruladhwamdruslan
4 tahun
Darah haid banyak lepas guna ubat pensari
Saya ada buat pemeriksaan papsmear dan doktor kesan saya mengalami keputihan tidak normal. Jadi doktor bagi ubat untuk rawat candida dalam faraj. Ubat candida v1 saya guna dua hari selepas saya habis period 7hari. Namun sehari selepas guna ubat pensari tersebut, saya mengalami darah haid yang banyak dan berketul selama 3 hari. Haid saya banyak sehingga memakai 7 ke 10 pad sehari. Adakah ubat pensari itu punca kepada turun darah yang banyak? Untuk maklumat tambahan saya sudah berkahwin, belum ada anak dan memang mempunyai masalah haid tidak teratur dan banyak. Saya juga bebas penyakit kanser servik melalui keputusan papsmear dan ada ujian upt saya negatif sebelum guna ubat tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kesan sampingan penggunaan ubat candida v1 adalah iritasi dan rasa terbakar sahaja. Ia tidak akan menyebabkan perdarahan yang banyak.
Kedua, masalah haid berlebihan ini dapat timbul disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Adenomiosis: keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengenalpasti penyebab sebenar haid berlebihan, anda harus merujuk doktor agar dapat dievaluasi lanjut keadaan anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.