
fatinsuhada093
5 tahun
Darah haid berketul dan pendarahan banyak
Doktor, saya mengalami haid untuk hari ketiga tetapi masih banyak dan berketul… Saya terpaksa menukar pad sejam atau dua jam sekali… Dan saya terasa seperti sesuatu ingin keluar dari faraj, dan bila saya mencangkung, keluar darah berketul seperti hati ayam… Adakah ianya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya pad harus diganti setiap 2 jam atau kurang, maka ia disifatkan sebagai perdarahan haid berlebihan. Ia dapat terjadi akibat pelbagai perkara, seperti.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.