
Sulit
4 tahun
Darah Haid berketul melebihi setahun
Saya kerap beronani dahulu , period paling lama cuma 3 hari. ketulan darah hid pada awalnya ke il dan sikit. Sekarang dah makin bnyak ketulan darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ketulan darah yang keluar ketika datang haid ini biasanya tidak merujuk kepada apa-apa masalah. Untuk makluman pihak anda, ketulan darah ini berlaku disebabkan pembekuan darah apabila lapisan rahim menumpahkan jumlah darah yang banyak. Apabila darah berkumpul di rahim atau vagina, ia akan mula membeku seperti yang berlaku pada kulit yang terluka.
Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi tanda penyakit tertentu terutama sekiranya berlaku gejala seperti:
- Ketulan darah berukuran lebih besar dari 2.5 cm
- Sangat kerap berlaku
- Disertai dengan aliran yang tidak normal sehingga seseorang perlu pad atau tamponnya sekurang-kurangnya setiap 1-2 jam
- Disertai dengan sakit
Antara masalah yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah:
Fibroid atau polip
Endometriosis
Adenomyosis
Perubahan hormon
Rahim membesar
Masalah darah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.