Anonymous
6 tahun
Darah haid berlebihan dalam tempoh yg pnjng
Saya mempunyai kitaran haid yg tidak normal. Saya juga mngalami tempoh haid melebihi dari 3 minggu. Darah haid yg juga melebihi dari sebelumnya. Serta
Sakit pada pinggang
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid berlarutan yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Haid yang sakit boleh dilegakan dengan cara berikut sebelum berjumpa doktor
- Penggunaan pad pemanas yang diletakkan pada bahagian abdomen bawah atau belakang.
- Mandi air suam
- Melakukan senaman ringan seperti regangan. Perbuatan ini dapat melancarkan peredaran darah pada pelvis sekaligus mengurangkan kesakitan
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Melakukan senaman yoga
- Sapuan topikal seperti minyak atau krim panas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































