
Sulit
5 tahun
Darah haid berpanjangan dan sakit sengugut
saya wanita berumur 34tahun, saya mengalami haid berpanjangan sehingga 17hari. semalam haid saya telah berhenti namun masih ada spot yg keluar. hari ini adalah hari ke 17, tiada darah pada pantiliner akan tetapi apabila saya membuang air kecil, byk ketulan darah keluar dari faraj dan mengalami sakit sengugut. saya telah pun berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan dan telah memeriksa air kencing, ujian darah dan scan pada bahagian perut. adakah masalah ini berpunca daripada ketidakstabilan hormon memandang sy pernah mengambil suntikan perancang selama 2 tahun 6 bulan selepas melahirkan ank ke dua pada nov 2013. Selepas mengambil suntikan, saya menyambung pengambilan ubat pil selama 2 tahun 6 bulan yang mana ianya berakhir pada awal januari 2019. mohon nasihat doktor. sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti perancangan keluarga. Jika anda masih menggunakan perancangan keluarga, ia boleh mempengaruhi kitaran haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.