
Sulit
4 tahun
Darah haid datang lagi setelah seminggu haid bersih
Sy berumur 29 tahun dan sudah berkahwin… selama ini haid sy teratur, kadang2 cuma lewat 1 -2 hari @ cepat 1-2 hari. untuk bulan ini, saya telah datang haid selama 6 hari dan selang seminggu sy mengalami pendarahan berwarna coklat selama 2 hari tapi tidak banyak seperti sy dtg haid, hari ke 3 baru keluar darah haid seperti biasa. apakah faktor/ penyebab yang berlaku pda diri sy. adakah sy keguguran atau faktor horman?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.