
Sulit
4 tahun
DARAH HAID datang selepas 60hari
saya ibu berusia 26 tahun… baru bersalin 72 hari lepas… saya datang darah sehingga 62 hari… selepas itu saya ambil pil perancang noridah dan selepas 7 hari keluar darah yg banyak dan mengalami sakit dada … adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pertama sekali, tahniah atas kelahiran bayi anda!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah haid yang berlebihan. Berdasarkan keterangan anda yang telah mengambil pil perancang noriday, perdarahan yang berlaku berkemungkinan berkaitan dengan pengambilan pil tersebut atau masalah lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Namun pengambilan pil noriday dapat menyebabkan kesan sampingan (mungkin berbeza setiap individu) seperti:
- Sakit kepala
- Kepeningan
- Kemuntahan
- Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
- Kesakitan payudara
- Keletihan
- Kenaikan berat badan
Bagaimanapun, untuk makluman anda, haid berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami seperti rasa sakit senggugut yang serius atau rasa ingin pitam. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!