
waniemahasan
5 tahun
Darah Haid Hari ke-13
Dr , saya nak tanya. Saya sudah datang haid pada minggu lepas. Pada hari ke-8 selalunya sudah bersih dan saya akan mandi wajib. Tetapi kali ini. Sampai hari ke7 period , saya mandi wajib , tiba hari ke-13 saya tgk ada darah hitam pekat pada seluar saya. Saya tidak pernah mengalami simptom ini sepanjang haid saya. Apakah yang menyebabkan keadaan ini dan adakah ia selamat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan penerangan di atas, anda mengalami masalah spotting (keluar cecair coklat). Malangnya, saya tidak dapat untuk memberikan jawapan mengenai sebab serta adakah ia selamat. Hal ini kerana, banyak lagi maklumat lain serja pemeriksaan lanjut yang perlu dilakukan sebelum kesimpulan dapat dilakukan.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.