
Sulit
3 tahun
Darah haid warna coklat terang
assalamualaikum doktor… sy nk tnye… pagi ini saya ingat saya datang haid… bila tengok warna coklat terang dan tidak pernah tengok lagi warna coklat… selalunya warna merah… kali ni coklat… lepastu sy x jumpa darah dah… saya hanya nampak titik titik warna coklat atas pad saya… ini tanda apa ye doktor

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah haid berwarna coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim.
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.