
finabiz03
5 tahun
Darah haid yang berpanjangan
Saya wanita berumur lingkungan 20 tahun. Saya pernah disahkan menghidap PCOS tahun lalu. Jadi saya sering mengalami gejala haid tidak teratur & tidak datang langsung. Namun begitu, pada 11 hari yg lepas, saya telah didatangi haid dah darah mula keluar seperti biasa. Tapi yang menyebabkan saya risau adalah, tempoh biasa saya haid adalah 7 hari. Namun, hari ni susah masuk hari ke-11 dan darah haid masih turun dgn banyak. Apa yg patut saya buat ? Perlukah saya berjumpa dgn doktor untuk mendapatkan pil penahan period ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.