
Anonymous
5 tahun
Darah haid yg sedikit dan lama sehingga hari ini sudah hari ke 21
saya wanita berkahwin berumur 29 tahun. dan tahun ini saya tahun kedua perkahwinan. cycle saya haid semakin lambat aitu antara 32 sehingga 35/38 ari. bermula pada bulan 5 haid saya lambat sehingga lima hari. kemudian pada hari ke6 haid dtg tapi dgn kuantiti yg sedikit,bkn mcm biasa. selama 7hari. kemudian pada bulan 6 haid saya lambat juga selama 5 hari. kemudian pada hari ke enam haid sya dtg dlm kuantiti sedikit juga. dan kali ini berbeza. sebab lama sehingga ke hari ini , iaitu selama 21 hari. saya sudah berjumpa doktor klinik swasta dan telah membuat scan. doktor tersebut mengatakan saya tiada cyst atau fibroid. rahim saya ok. dan doktor tersebut telah berikan sya vitamin EPO. dan sekarang saya risau, adakah saya dijangka ada penyakit PCOS atau penyakit lain.? mohon bantuan doktor. apa tindakan yg perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari. Lama haid juga tidak normal sekiranya berlangsung lebih daripada 8 hari. Sekiranya hal ini berlarutan, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor pakar kerana gejala ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.