
Sulit
4 tahun
Darah ingat period tapi tidak
Syaa dh berkahwin setahun lebih blm ad rezeki anak…tp sjk 4 5 hrni ni rasa xsdp bdan…masa mla skit mcm nk period tu sya dh cek ada drah sya pakai pad esk tu xda smpai hrni xda darah tp kram mcm period and bahagian payudara skit…sya xcek upt lagi sbb mcm xykin lekat…sblm sya berdarah tu sya trkena jngkitan kuman dlam ayaq kencing…hruskh sya jmpa dktr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh di organ lain
- Fibroid dalam rahim - apabila ia membesar ia boleh memberik tekanan pada rahim (skait) dan masalah kencing
- Jangkitan saluran/pundi air kencing
- Keradangan usus
- Keracunan makanan
- Prolaps rahim - struktur penahan rahim tidak kuat dan menyebabkan kejatuhan struktur rahim
- Keradangan appendiks
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.