
yasmin223star
6 tahun
Darah istihadah penyakit atau norman
Saya wanita umur 22 tahun dan darah haid saya biasanya berhenti pada hari ke-7,8 dan selebihnya darah berwarna chocolate hinggalah hari ke-15. jadi hari ke-16 dan seterusnya sudah tiada lagi darah saki baki tu. Perkara ini berlaku sejak saya mula-mula period sampailah sekarang dan sesetengah doktor mangatakan ianya normal. Tapi semalam lepas hari ke-18 keluarnya darah istihadah saya sampai hari ke-19. terasa juga macam nak period sbb ada rasa sakit sengugut sikit-skit. jadi saya ingin tahu, adakah saya mempunyai penyakit atau ianya normal?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!