
Anonymous
5 tahun
Darah keluar bila selps bersma
Saya wanita ada masalh pendarahan mcm period tapi Saya suda lps period tpi bila sy bersama dgn suami sy, esokya atau Lusa ada pendarahan… Sbb byk kli mcmtu… Knapa ya?
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah keluar darah selepas berhubungan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
1.Polyp
2. Faraj kering
3. Penyakit kelamin
4. Kanser serviks -terutamanya bagi wanita yang mengalami pendarahan semasa dalam lingkungan umur menopaus atau putus haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.