
Sulit
4 tahun
Darah keluar sedikit dari rahim
hai doctor mahu tanya baru-baru ini darah ada keluar dari rahim saya. Tidak banyak. Saya baru datang haid seminggu selepas itu. Mohon bantuan. Adakah saya hamil atau hanya pendarahan biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya darah yang keluar adalah seperti darah haid biasa (sari segi kuantiti dan warna), maka kemungkinan potensi kehamilan anda adalah rendah. Namun, jika darah yang keluar adalah sedikit atau pendarahan spotting, terdapat beberapa penyebab perkara ini boleh berlaku.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa