
Sulit
3 tahun
Darah keluar selepas berhubungan intim
Saya wanita 18tahun,saya bukan perawan lagi, sudah 1 tahun 5 bulan saya tidak berhubungan intim dgn siapa2, tetapi baru2 ini selepas saya main dengan teman lelaki saya,dan ada darah keluar sedikit seperti perawan,ini bukan pertama kali tapi kedua kali tahun 2019 pun sbb lama tidak bersetubuh dgn siapa dan bila saya bersetubuh dgn teman lelaki msti ada kluar darah,tapi esok nya tda darah sudah,saya ingin tahu adakah masalah yg sya alami ini normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya, kekurangan cecair faraj (kekeringan) semasa hubungan dengan pasangan anda, menyebabkan kecederaan pada tisu lapisan serta berdarah. Kejadian ini adalah biasa, bukan penyakit.
Sebab lain adalah jangkitan pada kemaluan, sista atau polip pada faraj dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.