
Sulit
4 tahun
Darah ketika bersama
DoctorOnCall: saya yati…saya berumur 27 tahun…masalah saya adalah keluar darah dan pedih ketika bersama suami saya…pada bermula saya ingat kan dia ada lah period tapi lepas saya bersihkan diri…darah tidak keluar lagi dan sakit,pedih itu pun hilang…esoknya dan terusnya tidak ada darah yang keluar…dia akan terjadi apabila saya bersama dengan suami saya…dia sudah 3kali berlaku…saya sudah merujuk ke doktor klinik untuk semua ujian darah termasuk lah ovari dengan rahim…saya pun sudah buat scan rahim…tiada apa2 masalah semuanya okey dan normal…apakah perlu saya test buat pap smear…bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan ketika hubungan kelamin boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion (luka pada serviks)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.