catzadamfendz
6 tahun
Darah period belum berhenti
Salam… Hai doktor… Saya siti… Berumur 28tahun…saya mengalami masalah period baru baru ni…2minggu sebelum raya… Darah haid saya keluar sedikit sedikit… Malah… Sehingga kini… darah haid saya masih keluar… Sakit dibahagian bawah perut seperti dicucuk2(senggugut)…haid saya biasa tak teratur… Jika bulan januari datang haid 2x…bln feb xkan datang haid… Tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal seharusnya terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Haid adalah berpanjangan sekiranya anda mengalami haid selama lebih dari 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































