
Anonymous
5 tahun
Darah period dan istiadah
Saya remaja 20 tahun. Saya sering mengalami pendarahan iaitu period dalam tempoh yg panjang dan kadangkala melebihi 15 hari. Saya difahamkan darah yg keluar melebihi 15 hari dipanggil sebagai darah istiadah. Dan saya dah buat carian untuk membezakan darah period dan darah istiadah. Dan sekarang saya mengalami tempoh istiadah. Dah lebih 19 hari darah keluar. Darah yg cair dan banyak. Apa perlu saya lakukan ye doktor. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid berpanjangan boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip pada rahim atau serviks
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.