
Sulit
5 tahun
Darah period keluar semula
Hai saya nak tanya,saya bersama dengan suami saya ketika period saya hari kelima,ketika itu tiada lagi darah keluar cuma sedikit coklat tanda period dah hampir kering,tapi pada hari keenam sy period selepas sy bersama dengan suami saya,ada keluar darah semula seperti lendir darah,ada kah itu normal? Adakah itu darah period yg keluar semula atau sebaliknya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami adalah sukar untuk diberikan jawapan kerana anda telah bersama suami anda sebelum haid anda benar-benar kering. Terdapat beberapa sebab pendarahan boleh berlaku selepas melakukan hubungan seksual seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Darah haid yang tidak habis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.