
wanhazwan7030
5 tahun
Darah period x datang
Salam doktar saya lia dari kuantan… Sy ingin bertanya kepada doktar sy sudah tidak megambil cucuk perancang kerana kepala sering sakit Dan adakala period sya tidak datang Tetapi pda 14.8.2019 bru ni sy last trikh hbs ccuk perancang sya… Dn pda 24 HR blan 8 sy ada bersama suami apakah kmungkinan besar saya pragnent doktar

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda tidak didatangi haid, ianya boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil suntikan perancang kehamilan - haid boleh menjadi tidak teratur selepas 3-6 bulan berhenti suntikan perancang
- Kehamilan - anda boleh memeriksa ujian air kencing untuk pengesahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.