jalilah9290
3 tahun
Darah tinggi bacaan diastolik yang tinggi
Saya baru sebulan melahirkan anak. Tiada darah tinggi sebelum ini dan semasa hamil. Selepas 14 hari berpantang, tekanan darah saya naik 170/120 secara konsisten. Doktor telah memberikan ubat darah tinggi selama seminggu dan tekanan darah kembali normal. Kini doktor telah menghentikan ubat berkenaan. Walaubagaimanapun, pemeriksaan sendiri di rumah mendapati bacaan sistolik saya normal dalam lingkung 120-130, tetapi bacaan diastolik adalah tinggi 90-97. Contoh bacaan 124/95. Saya pernah bertanya doktor kk dan beliau memberitahu bacaan tersebut adalah normal. Boleh doktor berikan pandangan tentang bacaan diastolik yang tinggi? Adakah saya perlu berjumpa doktor lagi untuk menekankan perkara ini? Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan mesin di rumah boleh memberi bacaan yang lebih tinggi. Bacaan anda masih dalam rangka yang boleh diterima dan sekiranya anda tidak mengalami sebarang masalah, anda tidak perlu risau pada situasi anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























