
Sulit
5 tahun
Darah tinggi dah hampir 17 tahun dah lama kakan ubat tapi sejak bulan 12 tahun 2019 darah saya jadi tak stabil antara 150/100 kadang kadang mencecah 170/115..apa pendapat doc
Darah tinggi tak stabil tak nak turun walaupun dah tukar ubat… Skrg makan loosartan dan bisoprolol sebelum ni makan atenalol dan aspirin apa pendapat Doctor adakah saya perlu tukar ubat lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, saya dapati anda mempunyai masalah darah tinggi yang tidak stabil walaupun ubat sudah ditukar. Sekarang anda ingin tahu adakan perlu untuk anda bertukar ubat lagi?
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan darah tinggi anda sukar dikawal walaupun setelah mengambil ubat. Antaranya:
Ubat yang tidak sesuai
Pengambilan ubat dengan cara yang salah
Masalah lain yang menyebabkan darah tinggi seperti renal artery stenosis(saluran darah di pinggang menjadi sempit), masalah hormon yang mengawal tekanan darah, obstructive sleep apnea (masalah tidur berdengkur
Pengambilan alkohol
Umur
Berikut hanyalah jawapan bagi soalan yang diajukan kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Justeru, pada pendapat saya anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor anda bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.