
Sulit
2 tahun
Darah tinggi dan PAF
Saya wanita berumur 46 tahun dan menghadapi darah tinggi dan paroxysmal atrial fibrillation. Saya ingin bertanya cara pemakanan ubat. Waktu pagi saya makan carvedilol 6.25mg, zanidip (lercanidipine hydrochloride) 10mg dan waktu malam pula saya memakan carvedilol 6.25mg dan olmesartan medoxomil 40mg. Doctor sarankan saya memakan ubat cair darah aspirin acetylsalicylic/glycine 100/45mg di waktu pagi.
Soalan saya ialah bolehkah saya memakan carvedilol, lercanidipine dan aspirin pada waktu yang sama selepas sarapan waktu pagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tiada halangan untuk anda mengambil ketiga-tiga ubat yang dijadualkan pengambilan waktu pagi secara serentak. Anda boleh mengambil ubat-ubat tersebut selepas sarapan melainkan jika salah satu ubat tersebut perlu diambil sebelum makan. Sekian