
Sulit
5 tahun
Darah tinggi sebelum & semasa hamil
Saya berumur 36 tahun dan sedang hamil 17 minggu (anak ke4). Bacaan BP diambil selang sehari (EOD) kerana ada sejarah BP tinggi semasa hamil anak ke2 & ke3. Rekod Bacaan BP 120-150/80-98 (diambil pd waktu pagi). Tiada ambil sebarang ubatan sebelum in. Walaubagaimanapun minggu lepas, Dr di klinik ada memberi aspirin dos rendah utk dimakan setiap hari. Simptom seperti sakit kepala ringan/ tegang di bhg belakang kepala biasa terjadi pada waktu petang mungkin akibat penat bekerja di pejabat. Adakah ia akan memberi kesan kpd saya dan kandungan jika BP saya tinggi? Dan berapakah bacaan yg boleh dianggap berbahaya kpd saya/ kandungan. Adakah bacaan yg diambil ketika baring tidak tepat? Kerana kebiasaannya jika ambil secara duduk bacaannya lebih tinggi berbanding ketika baring. Terima kasih atas maklumbalas Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Bacaan yang diambil kira ketika baring berbeza dengan ketika duduk. Kebiasaannya, doktor akan mengambil bacaan ketika duduk dan lengan hendaklah diparas jantung pesakit. Posisi ini akan memberi bacaan yang tepat. Bacaan yang berbahaya sebenarnya bergantung kepada individu. Walaubagaimanapun, bacaan melebihi 140/90 memerlukan pantauan daripada doktor.
Terdapat pelbagai kesan kepada kandungan & diri puan sekiranya BP tinggi;
- kandungan (kadar tumbesaran kandungan yang lemah, bayi lahir pramatang, keguguran)
- ibu (strok, paru-paru edema)
Sekiranya Puan memerlukan maklumat lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.