
farisyam
6 tahun
Darah tinggi sewaktu mengandung dengan waktu tak mengandung lain ke
Darah tinggi sewaktu mengandung dengan waktu tak mengandung lain ke? Kenapa ada orang yang takde darah tinggi bila mengandung ada darah tinggi tiba-tiba?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah sistolik >140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik >90 mmHg. Darah tinggi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi untuk mendapat pra-eklampsia atau eklampsia (sawan).
Ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan otak, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin.
Teori kenapa sesetengah wanita yang sihat boleh mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung:
- Masalah mungkin semasa bahagian plasenta (uri) berkembang pada peringkat awal kehamilan.
- Mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana badan ibu bertindak balas terhadap plasenta.
Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Lebih ramai wanita Asia yang mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko darah tinggi semasa mengandung termasuk wanita berumur 40 tahun dan ke atas, obes atau berat badan berlebihan, sejarah darah tinggi akibat mengandung di kalangan ahli keluarga, kandungan pertama, kandungan kembar, tempoh antara kandungan yang lama dan penyakit lain seperti darah tinggi sedia ada, kencing manis dan penyakit buah pinggang.
Darah tinggi yang sedia ada selalunya dikesan pada peringkat awal kehamilan (sebelum 20 minggu), manakala darah tinggi akibat mengandung lazimnya berlaku pada separuh terakhir kehamilan (selepas 20 minggu) sehingga 6 minggu selepas bersalin.
Rawatan bagi kedua-dua jenis darah tinggi ini adalah sama. Ubat yang biasa digunakan semasa mengandung adalah labetalol dan methyldopa.
Jika anda menggunakan ubat seperti angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor atau angiotensin receptor blocker (ARB) sebelum mengandung, ubat tersebut perlu ditukar. Rawatan darah tinggi semasa mengandung adalah untuk memastikan keselamatan wanita hamil. Ia tidak membantu tumbesaran janin.
Darah tinggi akibat mengandung boleh berlaku lagi semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi walaupun mereka sudah bersalin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.