
Sulit
5 tahun
Darah yang sentiasa keluar walaupun sedikit
Hai.
Sy berumur 28 tahun dan sudah berkahwin selama 4 tahun lbh, belum memiliki anak .
Tubuh badan sy agak besar . Mungkin kategori obes . Sy pernah menjalankan rawatan sehingga scan perut (untuk check sama ada ada ketumbuhan atau apa apa) . Dan ternyata kosong tak ada apa apa .
Sy juga mempunyai kitaran haid yg tidak teratur sejak dari belum kahwin lagi .
Baru² ini sekitar 2 3 bulan lepas , kitaran haid sy ada setiap bulan tp sy mngalami pendarahan yg berterusan walaupon sedikit . Kadang² sedikit , lepas tu terdapat ketulan ketulan darah . Lepastu takde darah selang 2 3 hari , lepastu ada lagi . Ini memang membimbangkan saya . Sy google smua rata² keluar jawapan fibroid,cyst, pcos . Sy nak check tapi kekangan masa dengan PKP lagi . Harap doktor boleh membantu sy .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya seperti yang anda jumpa melalui carian anda di internet.
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.