
Sulit
4 tahun
Datang bulan dan darah haid sedikit
Hello doc saya seorang berumur 25 dan mempunyai anak seorang…saya sebelum ni datang bulan teratur dan darah haid sy normal…tapi pada bulan ni bila datang bulan saya lewat dan darah haid saya terlalu sedikit…apa kah puncanya doc adakah sbb 3minggu sebelum saya ada mederma darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, masalah haid lewat atau sedikit tidak disebabkan oleh derma darah. Menderma darah tidak akan menjejaskan kitaran haid seseorang. Oleh yang demikian, di sini saya kongsikan beberapa sebab lain yang biasa dialami seseorang sehinggakan haid datang lewat:
- Ketidakseimbangan hormon akibat faktor-faktor am seperti senaman berlebihan, berat badan tidak seimbang (terlalu ringau atau berat), gangguan stres dan juga pemakanan yang tidak sihat
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan aliran hormon yang mengawal kitaran haid
- Ketumbuhan fibroid atau polip pada rahim yang boleh menyebabkan aliran darah haid terganggu
- Masalah tiroid. Namun, anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti menggigil, degupan jantung laju, dan juga penurunan berat badan yang mendadak
- Masalah pituitari, iaitu sebahagian organ pada otak yang mengawal aliran hormon wanita. Namun, perkara ini akan menyebabkan masalah haid pada usia yang muda atau sejak akil baligh.
- Kanser ovari.
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI. Keradangan tersebut boleh merebak ke organ-organ reproduktif wanita.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya masalahh haid yang anda alami berlarutan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di fasiliti kesihatan terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.