Anonymous
6 tahun
Datang bulan lambat
Hai,sy lin berumur 28thn sy sudah berumahtangga masuk 1thun 6bulan, sebelum kahwin haid sy mmg teratur tiap bulan hinggala sudah berkahwin. Tapi tiba2 tahun ni sy lewat dtg bulan selama 11 hari sy fikir simptom mengandung doc beli upt tapi msh negatif😅. At The first place, pinggang belakang sy sangt sakit smpi suru husband tlg urutkan. Cz sllunya kalau sy maw period senggugut kat perut ini lain kat pinggang. Masuk hari ke 12skrg baru haid keluar dan pinggang masih terasa sakit. Boleh tau kenapa doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Berat badan dan diet
(Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda) - Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Namun bagi keadaan yang diterangkan oleh cik, ia mungkin disebabkan oleh sakit ketika ovulasi (Mittelschmerz). Ini terjadi selalunya 14 hari sebelum period anda bermula. Gejala nya ialah sakit yang terlampau di salah satu bahagian pinggang (hanya satu belah -kiri atau kanan)
Namun untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih

























