
Sulit
4 tahun
Datang Bulan selalu Lambat
Saya berumur 23 tahun. Saya selalu mengalami period lambat. Paling lambat 2 bulan. Saya belum berkahwin. Saya tidak pernah mengalami sengugut atau cramping. Saya juga mengalami keputihan yang banyak. Miss V tidak sakit atau gatal.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lewat. Untuk makluman anda terdapat beberapa punca haid lewat. Antaranya ialah:
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Awal kehamilan
• Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman pihak anda juga, masalah keputihan tanpa kegatalan pada alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- lochia (cecair yang dihasilkan selepas bersalin)
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat dan keputihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!