
nazieraazie97
5 tahun
Datang bulan tampah henti
Saye ira berumur 22thn…saye belum berkahwin… sye megalami masalah datang bulan tampah henti selama 4 bulan.sampai tahap sye tidak boleh membuat kerja berat…adakah sye megalami kenser??sye mohon jawapan dari doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, samada pola haid yang diluar kitaran normal 28 hari ataupun perdarahan haid melebih 8 hari, keduanya juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal (abnormal uterine bleeding). Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid berpanjangan dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.