
salina7845
6 tahun
Datang haid berpanjangan
Saya wanita berumur 41 thn… Tahun lepas saya dah keguguran kandungan 3bln…kerana ada 4cm cyst… Doktor kata cyst itu sudah keluar… sudah cuci rahim di hospital kerajaan… Selepas kejadian itu tak datang period selama 5 bln… Baru next month saya ada datang period selama seminggu… Kemudian datang period bulan ini sangat lama hampir sebulan… Tidak ada sakit… Tidak ada senggugut… Period ada darah berketul hitam… Sila doktor beri penjelasan pada saya… Adakah ini gangguan hormone di usia 40an?.. Atau macam mana

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!