
Sulit
3 tahun
Datang haid lewat 8 hari tapi upt negatif , adakah perlu buat test upt lagi sekali atau saya memang tidak hamil
Saya berumur 25 tahun dan sudah berkawen 3 tahun masih belum ada rezeki anak… bulan ni sy lewat haid dalam 8 hari tapi test upt negatif. Tapi saya xpernah xdtg haid selewat ini… paling lewat pon 2 hari ja… adkah sy perlu bt ujian upt lg? Adakah trlalu awai sy bt test upt?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berikut juga merupakan mengapa keputusan ujian kehamilan menjadi negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat terhadap anda dan juga rawatan akan diberikan kepada anda sekiranya perlu. Anda juga boleh mengulangi ujian kehamilan anda pada minggu berikutnya sekiranya haid anda masih tidak datang, walau apapun keputusannya, kami sarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.