
nashhshm
5 tahun
Datang haid sedikit tetapi lama
Saya wanita berumur 20 tahun . Saya sudah datang bulan selama 10 hari . Bulan ini datang bulan saya yang paling lama . Selalunya 5-6 hari sahaja . Period normal saya akan keluar darah merah atau berketul. Sekarang ni sepanjang 10 hari saya period darah saya berwarna hitam kadang coklat kadang bercampur merah sedikit pada hari yang ke 10 warna coklat cair . Saya ingin tahu kenapa warna darah saya sebegitu. Saya tidak pernah mengalami period seperti ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabilaterjadi lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada warna darah anda, darah coklat sehingga hitam boleh jadi disebabkan oleh:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.