
aisyahalyasyah
5 tahun
Datang Haid sikit melebihi 2 minggu
sya wanita berumur 21 tahun,saya mempunyai seorang anak, sy ingin bertnya apa kh ini kesan Dari Merancang Suntikan 3 bulan, Haid sedikit sudah Melebihi 2 minggu Tapi masih keluar, Apakah ini tidak bermasalah Pada Diri saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan perancang seperti Depo dapat menyebabkan haid tidak teratur pada 12 - 24 bulan pertama penggunaan. Namun, seandainya haid melebihi 2 minggu, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah-masalah seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.