norsyam
6 tahun
Datang period lambat,
saya ad rase sakit perut kat sebelah kiri, tapi saya takot nak wat test upt takot kecewa.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat yang anda alami serta kesakitan pertu disebelah kiri boleh disebabkan:
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, sista (cyst) dalam ovari
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Kehamilan - dalam atau luar rahim. Anda boleh lakukan ujian UPT 1-2 minggu selepas persetubuhan terakhir
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























