Sulit
6 tahun
Datang period selepas BERSAMA dan tamat selepas 3hari. Adakah normal
Hi Dr. Sy ada masalah period sebelom² nih. Sebelom kawen period sy memang jarang². Sesudah kawen. Period semakin lancar tapi tidak teratur tarikhnya. Lepas kawen sy kerap sengugut dan sakit² badan. Pernah keluar darah bergumpal² banyak. Sampaikan hampir pitam. Tetapi pada bulan nih. Sy terlambat period 6hari. Jadi pada hari ke7 sy BERSAMA suami. Sesudah itu sy dapati period sy datang pada hari yg sama. Dan senggut teruk pada hari pertama dan kedua. Darah pulak berwarna merah berserta lendir. Masuk hari ke3 darah di smkin kering dan tamat pada mlm ke3 jugak. Sy ingin meminta pendapat Dr. Tentang masalah yg sy hadapi.
Sy bru 12bulan kawin. Dan belom ada anak.TQ DR.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru, haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Pada kes anda, belum jelas berapa lama yang dimaksudkan dengan haid lewat.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























