
Sulit
4 tahun
Degupan jantung laju dan sakit perut
Saya wanita 20’an dan saya merasakan saya mengalami anxiety yang menyebabkan jantung saya laju , selalu loya dan perut senang sakit , senang cirit birit jika tersalah makan yang sedikit dan kembung perut setiap hari . Apa patut saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda diatas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit perut dapat berpunca daripada pelbagai keadaan kesihatan seperti:
- Masalah anxiety
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Keradangan apendik
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
- Kista ovary
- Kandungan luar rahim
- Keradangan pelvik
Berkenaan dengan gejala jantung terasa laju, berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah anxiety atau kesakitan yang dialami pada bahagian perut. Sekiranya rasa cirit-birit dan kembung perut yang anda alami disebabkan tersalah makan, kenalpasti makanan tersebut dan cuba untuk dihindarkan. Namun jika ianya tidak membantu dan gejala ini berterusan setiap hari, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut untuk mencari punca sebenar masalah yang anda hadapi. Dikhawatirkan ianya memudaratkan kesihatan anda sekiranya dibiarkan.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih