Sulit
5 tahun
Dekat bahagia lubang dubur macam ada condyloma
Assalammualaikum dr. Saya rasa mcm saya ad condyloma dekat bahagia lubang dubur, bntuk macam wart. Macam mana saya nk dapatkan rawatan . Saya malu nk pergi ke klinik
ada cara untuk menyelesaikan masalah saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Ketuat di dubur
- Skin tag (lebihan kulit)
- Jangkitan virus Molluscum contagiosum
- Kanser
Walaupun segan, jika anda benar-benar mengalami condyloma, anda harus menjalani ujian lanjut untuk mengesahkannya. Hal ini kerana rawatan akan diberikan jika ia benar-benar masalah ketuat yang anda rasakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

































